Iklan

Tuesday, 26 July 2011

Internet membantu pembelajaran




Dahulu sumber rujukan saya adalah terhad. Untuk menyiapkan tugasan saya terpaksa meluangkan masa untuk ke perpustakaan dan berjumpa dengan rakan sekelas untuk menyiapkan tugasan.

Tapi kini semuanya menjadi lebih mudah dengan adanya internet. Saya mampu mencari dan mencapai maklumat dengan cepat. Saya juga tidak perlu lagi menaiki bas untuk ke rumah rakan untuk berbincang dan berkongsi maklumat.
Dengan kemudahan aplikasi intenet seperti e-mail dan "messenger" semuanya menjadi lebih mudah.

Sekolah saya sebuah sekolah sekolah bistari. Sekolah bistari meupakan salah satu dari Aplikasi Perdana MSC Malaysia yang menerapkan penggunaan kemudahan ICT secara inovatif seperti aplikasi berasaskan internet bagi membantu pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Sekarang belajar disekolah lebih menyeronokkan. 
Untuk Maklumat lanjut tentang Sekolah Bestari
sila layari http://www.mscmalaysia.my/smartschool

No comments:

Post a Comment